Pengangkutan
Peranan Pengangkutan
- Pengangkutan merujuk kepada usaha untuk memindahkan barang atau orang dari satu tempat ke suatu tempat .
- Peranan pengangkutan :
- Mengimbangi bekalan barang untuk membantu peniaga megangkut barang-barang dari tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang memerlukannya .
- Mengurangkan kos penyimpanan stok kerana peniaga tidak mempunyai stok yang berlebihan dan peniaga kekurangan bekalan dapat diatasi dalam masa yang singkat .
- Memperluaskan pasaran kerana barang-barang dapat diangkut ke merata tempat untuk dipasarkan dan barang-barang dapat diangkut ke tempat yang jauh
- Membantu pengeluaran secara besar-besaran untuk barang-barang dipasarkan di merata-rata tempat dan ini dapat menambahkan jualan barang
- Mengelakkan pembaziran untuk barang-barang yang tidak tahan lama seperti ikan , sayur-sayuran , dan buah-buahan dapt dipasarkan dengan segera . Ini mengelakan pembaziran .
- Memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna , pengguna boleh membandingkan harga , sifat dan kuantiti barang dan meninggikan taraf hidup pengguna
- Menggalakan aliran masuk modal melalui pelaburan asing dan pelancungan untuk aliran wan dalam masyarakat menjadi aktif dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
- Membantu penyebaran sains dan teknologi
- Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara
- Memudahkan pergerakan tenaga buruh
Jenis Pengangkutan
1. Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
- Pengangkutan darat
- Pengangkutan laut
- Pengangkutan udara
- Saluran paip
2. Pengangkutan darat
- Pengangkutan Jalanraya terdiri daripada pengangkutan;
haiwan - lembu, kuda
kenderaan - lori, van
Kelebihan
- Boleh serah barang dari pintu ke pintu
- jimatkan masa
- Kerja pemunggahan kurang
- risiko barang rosak sedikit
- Murah dan cepat untuk jarak dekat
- sesuai bawa barang diperlukan segera
- Tiada jadual perjalanan
- Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
- Mudah hubungi kawasan pendalaman
Kekurangan
- Mahal dan lambat bagi jarak jauh
- sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
- Ruang muatan terhad
- Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
- Kospenyelenggaraan tinggi
- Pembaziran tenaga buruh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Bidang tugasnya:
- Daftar kenderaan bermotor
- Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
- Uji dan keluarkan lesen memandu
- Keluarkan permit sekolah memandu
- Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
- Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
- Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
- Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komers
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Bidang tugasnya:
- Kawal kegunaan pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
- Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan iaitu;
- Lesen Pembawa A
- benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
- Lesen Pembawa C
- hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
- kenderaan tidak boleh disewa
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
Bidang tugasnya:
- Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan
Pengangkutan Rel
- contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT
Kelebihan
- Murah dan cepat bagi jarak jauh
- Ruang muatan lebih luas
- Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
- seperti kayu balak , simen, pasir
- Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
- Masa bertolak dan tiba diketahui
- mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
- Adagerabak khas untuk bawa barang
Contoh: gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
- ada kemudahan kontenarisasi
Kekurangan
- Mahal dan lambat bagi jarak dekat
- Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
- Banyak kerja pemunggahan
- risiko barang rosak / hilang tinggi
- Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
- Kospenyelenggaraan tinggi
- Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad
- tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
- Bidang tugasnya meliputi:
Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
+ keretapi penumpang à keretapi mel, ekspres, komuter
+ keretapi barang / kargo à gerabak bertangki
3. Pengankutan Laut
- sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
- terdiri daripada:
Perkapalan antarabangsa
- belayar merentasi lautan besar
- contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
Perkapalan dalam negeri
- belayar sepanjang pantai
- contoh: feri, kapal pesisir pantai
Jenis kapal
Kapal kargo
- kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang
- belayar ikut jalan dan jadual tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
- terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
+ kapal kontena à khusus untuk membawa kontena
+ kapal tangki à khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
+ kapal penyetoran sejuk à ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur
Kapal kerentan (kapal tramp)
- kapal khas bawa kargo pukal sahaja seperti kayu balak, bijih timah
- boleh ditempah / sewa atau dicarter
- tidak belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
- belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
- kapal boleh dicarter untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
- boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
- tambang boleh ditawar
Kapal penumpang
- kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit kargo
- belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
Kapal pesisir pantai
- digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
- tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
- contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang
Kelebihan pengangkutan laut
- mudah dan selamat
- ruang dan muatan yang luas
- tidak menghadapi masalah kesesakan lalu lintas di laut
- tidak memerluan kos penyelenggaraan
- membantu perniagaan antarabangsa
Kekurangan pengangkutan laut
- masa perjalanan yang lama
- tiada penyerahan barang dari pintu ke pintu
- melibatkan kerja pemunggah yang rumit
Kebaikan Pengangkutan Air
- Boleh bawa muatan banyak
- Tambang lebih murah
- Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
- Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
- Tiada kesesakan lalu lintas
- Kospenyelenggaraan sedikit
- Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
- Ada kemudahan kontenarisasi - cepatkan urusan kastam
Kekurangan Pengangkutan Air
- Tiada serah pintu ke pintu
- perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
- Kerja pemunggahan yang banyak
- meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
- Perjalanan lambat sampai
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)
Peranannya;
- Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
- Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa bagi menghantar kargo
- Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
- Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa
Jabatan Laut
Peranannya:
- Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
- Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
- Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
- Selenggarakan pelabuhan
- Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran
Lembaga Pelabuhan
contoh: Lembaga Pelabuhan Kelang
Lembaga Pelabuhan Kuantan
Peranannya;
- kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
- sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
- sediakan dermaga dan tongkang
- sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
- sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
- sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
- sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
- keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot kecil yang belayar di sekitar pelabuhan
4. Pengangkutan udara
Terbahagi kepada dua iaitu;
- kapal terbang
- helicopter
Kekurangan
- Tambang mahal
- Saiz dan berat kargo dihadkan
- Tiada serahan pintu ke pintu
- perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
- tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
- Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
- Kospenyelenggaraan tinggi
Kebaikan
- Sesuai bawa barang mahal dan ringan
- kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
- contoh: ekspot berlian dan emas
- Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
- yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
- contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
- Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama
- untuk menjamin agar barang segar dan baik
- contoh: bunga dan buah-buahan
- Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
- Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
- risiko kecurian kurang
- oleh itu kos insurans lebih rendah
- Kospergudangan rendah sebab barang segera dihantar
- Ada kemudahan kontenarisasi - mencepatkan urusan kastam
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
- Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
- Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
- Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji
Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Peranannya;
- Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
- Sediakan perkhidmatan trafik udara
- Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
- Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
- Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
- Sediakan pembangunan lapangan erbang
- Sediakan khidmat kecemasan
5. Saluran Paip
- cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip
Kebaikan
- Barang selamat daripada risiko kecurian
- Barang segera sampai
- Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
- Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan
Kekurangan
- Kos pemasangan saluran paip tinggi
- Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
- Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki
Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
- Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
- Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan Singapura
- Peranan / objektif:
- cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
- pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
- galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
- menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia
No comments:
Post a Comment