Kata motivasi

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
Jadilah Guru yang Cemerlang Dunia & Akhirat

Wednesday, September 12, 2012

Tajuk Kajian Aku & the geng

Sementara nak menunggu kuliah petang, aku solat dulu di masjid UPSI dengan kawan2 aku. Masuk je dalam masjid, memang kagumla... memang cantik masjidnya..mana taknya besar, selesa.. Rumah allah inilah akan selalu aku kunjungi setiap hari Rabu sementara menunggu kuliah pemikiran kritis & kreatif di Blok 1.

Lepas je solat, aku, k. Bib, K. Aiza dan Miza terus je bincang tajuk apa nak buat. Yelah sejam lebih nak tunggu pukul 4... masa tu kan emas.. nasib k. bib bawak laptop.. kami pun bincanglah... Bincang punya bincang, kami dapat tajuk tentang masalah mengingat dalam kalangan pelajar terhadap subjek sejarah. Oklah.. memandangkan assigment psikologi kawan sem lepas pun lebih kurang sama, jadi kami hanya ubah dan menjadikannya lebih baik daripada sebelumnya... Tapi tak tau la lecturer kami setuju ke tak dengan tajuk tu.. harapnya ok...

Nasib undingan kumpulan presentation kami tak dapat minggu depan... tapi minggu ketiga.. masih ada masa untuk siapkan proposal ne.. Harapnya assigment tentang kajian dapat kami lakukan dengan jayanya...

Next week kami bincang lagi untuk siapkan proposal ini...

Bye.

No comments:

Post a Comment