Model Komunikasi
Model ini telah
diperkenalkan oleh R.M. Brown (1963). Proses komunikasi yang berlaku ini
terdapat di dalam lima peringkat iaitu:
Punca (penghantar)
Enkod (bentuk)
Saluran (deria atau
media)
Dekod (kesan)
Penerima
Punca (pengantar)
Pengantar ialah manusia
dan di sini ialah guru. Pengantar akan menghantar atau menyampaikan sesuatu
mesej kepada pelajar.
Enkod (bentuk)
Mesej yang disampaikan
oleh guru akan dienkod iaitu akan disusun serta dipilih simbol supaya dapat
difahami oleh kedua-duanya, pengantar dan penerimanya.
Saluran (deria atau
media)
Mesej yang telah
dienkod tadi hendaklah dihantar melalui sesuatu. Jika melalui gelombang udara,
melalui telefon dan jika melalui gambar, melalui video, TV atau foto.
Dekod (kesan)
Mesej yang telah
dibentuk dan dihantar melalui sesuatu saluran tadi perlu dikesan oleh penerima.
Jika melalui video, mesej itu hendaklah dekodkan dengan menggunakan otak
penerima terlebih dahulu. Kemudian barulah proses penyusunan dan memahami
simbol diterima.
Penerima
Mesej yang diterima
iaitu dienkod melalui saluran video tadi telah didekod akhirnya akan diterima
oleh penerima. Penerima di sini ialah murid. Jika sekiranya ada penghalang
semasa proses itu seperti kod bahasa tidak difahami, murid akan menyoal untuk
mendapatkan kefahaman.
Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sering berlaku salah anggap di antara guru dan murid. Guru
menganggap dia telah menyampaikan pelajaran kepada muridnya sedangkan murid
tidak memahami apa yang telah diajarkan oleh gurunya. Ini menyebabkan lain
mesej yang hendak disampaikan lain pula mesej yang diterima.
Penyampaian mesej
kepada murid dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu pengaruh gangguan, pengaruh
media dan pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh gangguan ialah seperti bentuk
tulisan yang tidak sesuai atau tidak jelas atau suasana bising di dalam atau di
luar kelas atau sistem pengudaraan yang kurang selasa. Sementara pengaruh media
pula ialah seperti pemilihan media yang kurang tepat seperti penggunaan
pembaris yang dihentakkan di meja. Ini menyebabkan murid tidak seronok untuk
belajar. Pengaruh-pengaruh lain ialah seperti sikap guru sendiri kurang
disenangi oleh pelajar. Kesemua faktor-faktor ini mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu memberi perhatian akan keadaan
sekeliling di samping penggunaan media untuk mendapatkat proses pengajaran yang
berkesan.
No comments:
Post a Comment