Model
ASSURE
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda,
Russell (1989).
Assure bermaksud " memastikan sesuatu
berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objective (nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau
bina media)
U - Use media (gunakan media)
R - Require learner response (keperluan tindakan)
E - Evaluate materials (menilai)
Analyse
learner (analisis pelajar)
Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada
pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas
serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku.
State
objective (nyatakan objektif)
Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan
pencapaian yang dirancangkan.
Select,
modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
Guru hendaklah memilih media yang sedia ada
disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang
sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada
tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang
baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.
Use
media (gunakan media)
Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan.
Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang
menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid
merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.
Require
learner response (keperluan tindakbalas)
Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan
hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas
yang betul diperolehi.
Evaluate
materials (menilai)
Menilai dan menyemak semula bahan yang telah
digunakan.
Adakah objektif tercapai?
Bahan yang digunakan membantu P&P?
Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
Adakah suasana P&P selesa?
Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?
No comments:
Post a Comment