Banyak kata-kata motivasi yang dilontarkan dan cukup signifikan dalam hidup aku sebagai bakal guru.. Antara kata-kata yang masih segar dalam ingatan aku sekarang ialah, jadilah guru yang efektif. kena sentiasa semangat nak mengajar dan berkobar-kobar dalam mendidik ni... Beliau sendiri pun dah 25 tahun mengajar dan tak akan pernah berhenti mengajar.. yang lebih mengharukan bila dia cakap, mengajar akan buat dia sihat kalau dia sakit... memang tinggi semangat wanita bernama Dr. Jane ini.
Kuliah pertama aku tadi cerita tentang pengajaran dan pembelajaran (P & P). Kreatifnya Dr. Jane ini, dia suruh kami bahagi 2 kumpulan. Lepas tu satu kumpulan adalah pengajaran dan satu kumpulan lagi pengajaran.. lepas tu, kami kena bahas antara pengajaran dan pembelajaran, mana yang lebih penting? Dasyat tu... ada yang kata pengajaran tu penting sebab kalau takde pengajaran mana boleh ada pembelajaran.. yang kumpulan pembelajaran pulak cakap, kalau pembelajaran pula tak semestinya memerlukan pengajaran, tetapi boleh diterima melalui pengalaman.. debat punya debat.. macam-macam pendapat keluar..
Kesimpulannya, Dr. Jane kata pembelajaran adalah yang paling penting kerana guru perlu memberikan seberapa banyak ilmu dan memastikan pelajar terima pengetahuan sebanyak yang mungkin.
Namun, dipenghujung perbincangan, kedua-duanya sama penting dan seiring bagi memastikan sesuatu objektif tercapai..
Sangat seronok.. minggu depan kena duduk dalam kumpulan bincang mengenai huraian & sukatan matapelajaran perdagangan.
No comments:
Post a Comment