Menurut Edmund dan Carolyn (2009) dalam ‘Classroom Management For Middle & High School Teacher, terdapat 5 cara pengurusan bilik darjah yang baik:
i) Menggunakan penyusunan bilik darjah yang tetap dengan matlamat instruksional.
- Penyusunan yang dilakukan hendaklah bersesuai dengan aktiviti instruktional yang hendak dilakukan.
- Contohnya, jika aktiviti berkehendakkan guru menyampaikan ilmu secara kuliah, demonstrasi dan pembentangan, penyusunan yang dilakukan hendaklah membolehkan mereka melihat kawasan utama dan memerlukan kawasan simpanan peralatan bantu mengajar yang berdekatan.
- Jika aktiviti yang dilakukan dalam kumpulan kecil, susunan tempat duduk pelajar perlu diubah semula supaya keadaan selesa dan senyap dapat diwujudkan walaupun perbincangan dilaksanakan.
ii) Memastikan trafik kawasan tumpuan lancar.
- Kawasan tumpuan bertrafik tinggi yang dimaksudkan adalah kawasan yang menjadi pusat tumpuan pembelajaran dilaksanakan serta menjadi tumpuan untuk pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Contohnya:
* Kawasan kerja berkumpulan.
* Kawasan keluar masuk.
* Ruang sumber maklumat dan sumber bahan.
* Meja pelajar dan meja guru.
- Kawasan-kawasan ini hendaklah sentiasa dipastikan terpisah dan mudah untuk dimasuki (access the area).
Penyusunan bilik darjah yang baik adalah berasaskan kepada kefahaman kepada tingkah laku yang dijangka daripada pelajar. Perancangan sistem peraturan dan prosedur yang teliti akan memudahkan komunikasi seorang guru dengan pelajarnya.
iii) Memastikan pelajar mudah dilihat oleh guru.
- Pengawasan pelajar merupakan salah satu tugasan mengurus yang besar. Jika guru sukar melihat muridnya, ia akan memberi kesusahan sekiranya pelajar tersebut memerlukan bantuan atau mengelakkan diri dari tugasan yang diberikan serta membuat gangguan.
iv) Menggunakan alat mengajar dengan terancang dan sumber murid juga tersedia untuk digunakan.
- Bahan atau alat mudah digunakan serta penyimpanan yang efektif memberi kelancaran pada perjalanan aktiviti dan berakhir dengan jayanya.
- Hal ini dapat meminimumkan penggunaan masa untuk penyediaan dan penyimpanan semula barangan.
v) Pelajar mudah melihat setiap proses pembentangan dan penayangan.
- Setiap penyusunan hendaklah memastikan semua pelajar dapat memerhati layar putih atau papan hitam tanpa perlu mengubah kedudukan meja, kerusi mahupun berpaling.
- Jika keadaan ini berlaku, ia mendorong pelajar untuk tidak memberi perhatian serta menyusahkan pelajar mengambil nota dan menyalin maklumat.

No comments:
Post a Comment