Model Inkuiri-Penemuan
Model ini sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Namun kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan, tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah sama.
Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk suatu generasi yang diharapkan.
Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan mengandungilima peringkat utama iatu peringkat mengenal pasti topik kajian, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat yang berkaitan, mengkaji dan menganalisis maklumat dan membuat generalisasi atau rumusan.
No comments:
Post a Comment