Kata motivasi

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
Jadilah Guru yang Cemerlang Dunia & Akhirat

Wednesday, September 12, 2012

Bab 2 : Unsur Perdangangan


Unsur Perdangangan
Perdangangan

1              Perdagangan dapat didefinisikan sebagai segala kegiatan yang berkaitan denganpembelian , penjualan , dan pengagihan barangan dan perkhidmatan daripadapengeluar asal kepada pengguna akhir pada masa , tempat , kuantiti , dan harga tertentu . Kegiatan perdangangan ini dapat memuaskan keperluan dan kehendak pengguna .
2              Perdangangan terdiri daripada dua bidang iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan . Rajah berikut dapat merumuskan perdagangan dan bidang-bidangnya .

Perniagaan

1        Perniagaan melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang-barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan .
2        Perniagaan dapat digolongkan kepada dua :
1        Perniagaan dalam negeri
2        Perniagaan luar negeri

Bantuan Perniagaan
Bantuan-bantuan perniagaan ini terdiri daripada perkhidmatan , bank , pengangkutan , komunikasi , insyurans , promosi , dan pergudangan .
Perkhidmatan Bank
1        Menyediakan pelbagai urusan peyimpanan , pembayaran dan penerimaan wang secara kancar , selamat , dan cepat .
2        Bank juga menyediakan pelbagai jenis pembiayaan kewangan kepda peniaga yang memerlukan wang tunai ataupun mengalami kekurangan modal .
Perkhidmatan Insyuran
1        Insyuran da[at memberikan perlingdungan kepada peniaga terhadap pelbagai risiko yang boleh merugikan peniaga ialah risiko harian yang dihadapi oleh peniaga ialah risiko kecurian , kebakaran , kemalangan , dan pecah amanah .
2        Peniaga mendapat ganti rugi sekiranya risiko itu telah berlaku
Promosi
Promosi membantu peniaga dengan pelbagai cara seperti yang berikut :
  1. Memperkenalkan keluaran dan perkhidmatan baru kepada pengguna
  2. Promosi yang berulangan dapat mengigatkan pengguna tentang barang-barang lama di pasaran . Dengan ini , promosi dapat mengekalkan permintaan terhadap sesuatu barangan
  3. Mempengaruhi pengguna supaya setia kepada jenama tertentu .
Pergudangan
1        Pergudangan membantu pengeluaran yang menghasilkan barangan lebih awal daripada permintaan . Dengan menyimpan barang lebihan dalam gudang , barangan dapat dipasarkan secara beransur-ansur mengikut permintaan .
2        Selain dapat menyimpan barang dengan selamat , pergudangan dapat menyelaraskan permintaan dan penawaran dan seterusnya menstabilkan harga barang .
Pergangkutan
1        Pergangkutan melibatkan pemindahan barang-barang lebihan dari pengeluar ke tempat-tempat yang memerlukan barang tersebut .
2        Pergangkutan yang cekan dan berkesan dapat mempercepatkan proses perniagaan dan juga memperluaskan pasaran .
Kaitan antara Pengeluar , Perdagangan , dan Perniagaan
  1. 1.      Pengeluaran perdangangan dan perniagaan mempunyai hubungan rapat kerana fungsinya bergantung antara satu sama lain .
  2. 2.      Pengeluaran ialah proses penciptaan nilai faedah melalui penghasilan barang dan perkhidmatan .
  3. 3.      Perdagangan merupakan sebahagian daripada proses pengeluaran . Perdangangan bertangungjawab mengagih dan memindahkan barang dan perkhidmatan sehingga kepada pengguna akhir .
  4. 4.      Penguna dapat memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan yang diingini melalui urus niaga . Urus niaga ini disebut sebagai perniagaan .
  5. 5.      Perniagaan ialah salah satu cabang daripada proses perdangangan . Melalui aktiviti menjual dan membeli , pengguna dapat menikmati kepuasaan .
  6. 6.      Kaitan antara pengeluaran , perdangangan , dan perniagaan membawa kepada perkembangan sektor-sektor ekonomi dalam masyarakat .

No comments:

Post a Comment