Kata motivasi

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
Jadilah Guru yang Cemerlang Dunia & Akhirat

Wednesday, September 12, 2012

Bab 8 : Konsumerisme


 Konsumerisme

1. Maksud Konsumerisme
-          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
-          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf     hidup meningkat
2. Matlamat Konsumerisme
-          melindungi hak pengguna
-          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
-          membina kualiti kehidupan yang lebih baik
3. Maksud pengguna
-          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak
4. Amalan perniagaan yang tidak sihat
-          letak harga  tidak berpatutan
-          buat iklan  mengelirukan
-          tawar barang  berkualiti rendah
-          jual barang yang tidak selamat
5. Hak pengguna
Hak mendapat keperluan asas
-    makanan/pakaian
Hak mendapat keselamatan
-     dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan
-     contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan
Hak mendapat maklumat
-     fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu
Hak membuat pilihan
-     Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa
Hak mendapat ganti rugi
-     berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna
Hak bersuara
-     secara peribadi /  perwakilan
Hak mendapat pendidikan pengguna
-      melalui ceramah / forum
Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun                   Mahkluk Perosak 1974
6. Tanggungjawab pengguna
  Kesedaran mengkritik
-    boleh membuat aduan
Penglibatan dan tindakan
-    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
Tanggungjawab sosial
-    Memberi derma kepada orang miskin/tua
Tanggungjawab alam semulajadi
-    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
Bersatu padu
-    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan
7. Tanggungjawab pengeluar
Praktikkan amalan perniagaan yang baik
-    tidak menipu/ jual barang berkualiti
Amal pengiklanan yang beretika
-    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
Sedia terima rungutan
-    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
-    melalui seminar/forum
Memelihara alam sekitar
-    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan
Menjalankan tanggungjawab sosial
-    memberi derma/ biasiswa
8. Cara-cara membeli dengan bijak
Menentukan jenis barang
-    barang keperluan atau kehendak
Menentukan sebab membeli
-    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
Menentukan masa membeli
-    masa tawaran istimewa/ musim perayaan
Memilih tempat membeli
-    lokasi berhampiran
-    menawarkan pelbagai barang
-    harga berpatutan dan barang berkualiti
-    sikap  jujur dan layanan mesra
-    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
Mengetahui teknik membeli
-    buat perbandingan harga
-    tengok kualiti barang
-    periksa kuantiti barang
-    tahu tarikh luput
-    ada jaminan jualan
9. Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
-          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Beri kesedaran tentang konsumerisme
-    melalui ceramah /kempen
Wujudkan akta/peraturan
-    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
-    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar
10. Peranan kerajaan dan agensi lain
Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
-   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
-    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
-    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
-    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
-    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan
Tribunal Tuntutan Pengguna
-    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
-    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
-    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000
Persatuan Pengguna
-    Terima dan siasat aduan  pengguna
-    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
-    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
-    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum
Persatuan Pengeluar
-    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
-    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan
Persatuan Profesional
-    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing
Persatuan Peniaga
-    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /      jujur dengan pengguna
-    Sediakan kod etika mengenai jualan
11. Etika Amalan Perniagaan
 -          diperkenalkan tahun 1982
-          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
-          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
-          mempunyai 5 prinsip:
-          Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
-          Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
-          Patuhi prinsip perniagaan secara adil
-          Tidak burukkan pesaing
-          Amal perniagaan yang jujur
-          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli
12.Etika Pembeli
Tanggungjawab terhadap penjual
-    patuhi syarat kontrak
-    jelaskan hutang mengikut tempoh
-    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
-    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
-    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
-    amalkan sifat sopan santun
-    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang
Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    libatkan diri dalam persatuan pengguna
-    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
-    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
-    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan
13. Etika Penjual
Tanggungjawab terhadap pekerja
-    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
-    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
-    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus
Tanggungjawab terhadap pelanggan
-    sediakan barang berkualiti
-    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
-    tepati keperluan dan kehendak pengguna
-    jual barang pada harga berpatutan
-    bermaklumat  yang lengkap
-    adakan kempen promosi yang jujur
-    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
-    beri layanan sama rata
Tanggungjawab terhadap pemodal
-    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
-    beri kadar pulangan yang memuaskan
-    jalankan pengurusan yang cekap
Tanggungjawab terhadap pembekal
-    layanan adil kepada semua pembekal
-    patuhi segala  syarat kontrak
-    berusaha jual barang  dengan segera
-    amalkan ‘sistem payung’
-    pastikan syarat kontrak  jelas
Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    pelihara alam sekitar
-    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
-    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi
Tanggungjawab terhadap kerajaan
-    bayar cukai
-    sedia peluang pekerjaan
-    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
-    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar

No comments:

Post a Comment