Kata motivasi

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
Jadilah Guru yang Cemerlang Dunia & Akhirat

Monday, September 24, 2012

Konsep & Kepentingan Kajian Tindakan



KAJIAN Tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. (Elliott dan Adelman, 1976)

KAJIAN Tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut. (Mc Niff, 1988)

Berdasarkan dua contoh konsep kajian tindakan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan menekankan keperluan guru memahami situasi sosial sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar dengan tujuan memperbaiki amalan guru.

Kepentingan Kajian Tindakan kepada Para Guru:
  1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
  3. Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri
  4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
  5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan.

Perbezaan ujian sumatif dan ujian formatif


Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.


JENIS-JENIS UJIAN


Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar.
3.1.1 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.
3.1.2 Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
3.1.3 Ujian Prestasi
Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
3.1.4 Ujian Diagnostik
Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.
Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.
3.1.5 Ujian Kecekapan
Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.
3.1.6 Ujian Bakat
Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.
3.1.7 Ujian Personaliti
Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.

Thursday, September 20, 2012

Jenis Skala

Skala merupakan penyukat atau alat untuk mengukur kuantiti seperti berat,panjang,tinggi,suhu badan, kekuatan gempa dan sebagainya. Satu prosedur atau konsep mencakupi sebarang aktiviti pengukuran melibatkan peruntukan nombor- nombor pada objek atau hasil satu tingkah laku
Contoh memperuntukan kod 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan
Nombor yang diperuntukan tidak memberi apa-apa nilai sekadar membezakan objek. Satu perbezaan yang nyata antara ciri tingkah laku dengan sains fizikal ialah penggunaan jenis skala yang berbeza bagi membuat pengukuran
Sains tingkahlaku merangkumi fenomena yang pelbagai dan pengukuran ke atas sesuatu fenomena atau perlakuan. Skala terdapat dalam pelbagai bentuk pengukuran
Dalam pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu:
 i. Jenis kuantitatif
 ii. Jenis kategori
Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh diukur menggunakan skala:
 i. nominal,
 ii. ordinal,
 iii. sela atau
 iv. nisbah.

1. Skala Nominal
Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. Skala nominal membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan. Sebagai Contoh: Guru ingin membahagikan ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori:
nombor 1 - kategori Melayu,
nombor 2 - kategori Cina,
nombor 3 - kategori India
nombor 4 - lain-lain ras.

Pemberian nombor 1, 2, 3 atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan analisis komputer atau pengenalan bagi setiap ras. Tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan seterusnya. Nombor hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan ialah ras.
Apabila nombor digunakan untuk menamakan orang atau objek dan nombor ini tidak mempunyai apa-apa hubungan dalaman antara satu sama lain dari segi nilai maka skala pengukurannya disebut sebagai skala nominal.
Angka atau simbol yang mewakili kumpulan skala nominal boleh ditukarkan kepada nombor tanpa mengubah maklumat
2. Skala Ordinal
Pengukuran menggunakan skala ordinal akan menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang iaitu susunan yang melambangkan satu bentuk hierarki.
Contoh:
Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali.
Skala ordinal hanya menyusun mengikut hieraki untuk melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain.
Kedudukan skor atau kebolehan yang disusun itu tidak sama magnitudnya atau perbezaannya - hanya menunjukkan satu individu itu skornya dari atas atau dari bawah.
Berapa banyak lebihan atau kekurangan tidak dapat ditentukan contohnya:
Perbezaan kedudukan pelajar nombor 8 dengan nombor 9 hanya 4 markah sahaja, tetapi perbezaan kedudukan antara nombor 1 dengan nombor 2 adalah 20 markah
3. Skala Sela
Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala sela memberikan sela sama daripada titik asal (origin) yang arbitrari. Ini bermakna skala sela mempunyai ciri-ciri:
i. nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri pangkat.
ii. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur.
Contoh:
Sila perhatikan, nilai 0 dalam skala sela tidak bermakna tidak sesuatu yang diukur.
Contoh
Suhu 0 oC tidak menandakan tiada suhu.
Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga.
Tidak boleh mengatakan mereka yang mempunyai IQ 120 adalah dua kali lebih baik dari mereka yang mempunyai IQ 60.
Ini kerana tidak terdapat titik sifar sebenar pada IQ. Tidak terdapat 0 IQ.
4. Skala Nisbah
Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah.
Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40
Setiap jenis skala memberi maklumat yang berlainan. Skala nisbah memberi lebih maklumat daripada skala sela. Skala sela memberi lebih maklumat daripada skala ordinal dan skala ordinal pula memberi lebih maklumat daripada skala nominal.
Prosedur statistik hanya boleh digunakan dengan jenis skala pengukuran tertentu. Cara data disusun akan mempengaruhi jenis analisis statistik yang akan dijalankan.
Contoh:
Skala untuk menyukat tinggi menggunakan skala nisbah kerana titik kosong pada skala nisbah memberi makna tidak ada ketinggian atau ketinggian sifar. Begitu juga halnya dengan timbangan yang mencatatkan 0 g bermakna tiada berat. Antara pembolehubah yang mempunyai skala nisbah ialah:
Pendapatan,
Masa untuk melakukan sesuatu tugasan,
Umur.
Skala nisbah jarang digunakan dalam peyelidikan pendidikan dan lain-lain disiplin penyelidikan kerana titik ‘0’ yang diperolehi tidak melibatkan penggunaan yang sebenar.
Contoh:
Dalam sesuatu ujian di bilik darjah atau peperiksaan awam, calon yang mendapat markah kosong tidak bermakna mereka langsung tidak mempunyai ilmu dalam bidang yang dipelajari atau diuji tetapi tahap pencapaian mereka perolehi tidak mencapai tahap yang ditetapkan kerana mereka mungkin tidak dapat mengeluarkan jawapan seperti yang dikehendaki berdasarkan tugasan dalam soalan.

Wednesday, September 19, 2012

Layan teka teki :

1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki? (burung kena pijak)
2. KALO UNDERTAKER NAIK MOTOR,THE ROCK NAIK APA? (NAIK KENING)
3. ulat gonggok ader 100 kaki, tiap kali die belok kaki die tinggal 99.. Knape eh..?? (1 kaki beri signal belok)

4. Ade 10 burung hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kene 2 ekor. Beraper burung yg tinggal ? (10 burung, die tembak ekor aje, tak tembak burung)

5. Kenapa superman pakai baju ketat ( sebab baju dia sais "S" )

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? (bas sekolah) 8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? (milo ais) 9. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki? ( kalau die angkat sume kaki, die jatuh lerr)

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta? (motor sebab motor pakai tongkat)

12. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? (Ikan betina – ikan duyong, Ikan jantan- ikan bakar.. mane ade pompuan name bakar)

13. Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa? ( buang tebiat)

14. Kalau kat tangan, jam tangan,.. kalau kat dinding, jam dinding.. kalau kat dahi, jam apa? ( jambul)

15. Beza Burung dgn Unta (Unta ada burung , tapi burung tak ada unta)

16. Potong panjang, tak potong pun panjang?(kacang panjang)

18. Nampak dibawah cari di atas? ( bumbung bocor)

19. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik ( lampu stadium dibukak bile start game.. lampu bilik ditutup bile start 'game')

20. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol (semut mata bengkak)

21. Ahmad bin Abu, kambing bin apa? ( kambing binATANG)

22. Dalam banyak -banyak huruf, huruf apa paling panjang (huruf Q)

27. Huruf jawi apa paling tinggi.. ( huruf wau )

28. Banyak² kelapa, kelapa apa tak der kat malaysia? (Kelapa laut Afrika)

29. Ada satu jln, bila warna hijau tak jalan, tapi bila warna merah, jalan tak berhenti sampai habis? (ubat nyamuk)

30. Ketika kecil pakai yang besar, bila besar pakai yang kecil.. (pampers)

31. Banyak² pokok, pokok apa plg tinggi? (pokok kat gunung everest)

32. Banyak² siput, siput apa org bela? (siput rambut) 33. Banyak² siput, siput apa yg pandai berlakon?(siput sarawak)

36. Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? ( duit sepuluh sen, bila masuk dalam air tenggelam) 

37. Banyak² rumah, rumah apa tiang dia kat atas? (kubur)

38. Org ape yg terlicin kat dunia (org minyak) 39. Mlm hidup, siang mati (ikan, bile kene siang die mati lerr) 

40. Apa dia, kepala kat kepala, taik kat kepala, tangan kat kepala, kaki kat kepala? (kutu)

41. Banyak² angota ayam, apa plg sedap? (bulu ayam tuk telinga gatal)

42. Binatang apa yang bertelur & beranak (siput babi, siput bertelur, babi beranak)

43. Banyak² kuih, kuih apa yang bukan kuih? (kueh teow) 44. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang? ( kereta sorong)

45. Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa? ( 1- anjing laut, 1- anjing biasa)

 47. Mana lebih tinggi ayam ker kura²? (kura² sebab kurakura 4 kaki)

 48. Banyak² jaring, jaring apa yang kalau wat tangkap ikan tak akan dapat? (www.jaring.com.my )

 49. Dlm satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau & kacang merah, cam mana nak asingkan kacang itu dgn tutup mata? ( asingkan jer lah coz cuma ada 2 kacang)

50. Ada kat rumah, tak ada kat bilik ada kat dalam air? (huruf "a") 

51. Banyak² jam, jam apa plg murah ?(jamban)

 52. Mata banyak, mulut satu, mata & mulut kat kakai? (kasut)

 53. Tekan putih, keluar hitam? (door bell rumah org india)

 54. Anak raja mana yang jalan bawah tanah? (Putra LRT)

 55. Bersih dia hitam, kotor dia putih? ( Papan hitam) 56. Kenderaan apa yang pemandu ramai, penumpang satu? (keranda)

 57. Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam, (telur tembelang)

58. Kalau kita tikam org sampai mati, selain kuar darah, kuar apa? ( kuar paper)

 59. Banyak² van, van apa yang tak leh jalan? (van rosak)

 60. Kenapa bila kita berak dlm air, taik tu tengelam timbul? ( taik tak tahu berenang)

 61. Banyak² buah, buah apa yang banyak mata? (nanas)

 62. Kecil hitam, besar putih? (micheal jackson)

 63. Antara penyu dan telur mana boleh makan? ( penyu, penyu ade mulut utk makan)

 64. Burung yang tak bela anak dia? ( burung belatuk, die tak bela anak die bela atuk)

 65. Bila sejuk dia cair, panas beku? ( telur ayam )

 66. Banyak² baju, baju apa plg malas? ( baju tidur)

 67. Banyak² kuih, kuih apa plg jauh sekali? (kuih bulan)

 68. Kenderaan apa yang plg banyak tayar kat dunia nie? ( kapal kargo bawak tayar)

 69. Buang isi, ambil kulit? ( tong sampah)

 70. Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok? ( nanas) 

71. Pegang boleh, ambil tak boleh? ( bayang² )

 72. Payung yang tak leh digunakan waktu hujan? ( paku payung)

 73. Bulan yang boelh di capai? ( bulan kat kubah masjid)

 74. Banyak² bunga, bunga apa yang disiram mati? ( bunga api)

 75. Banyak² bola, bola apa yang gol dia kat mulut ( bebola ikan)

 76. Dlm satu tahun ada berapa bulan? ( 1 aje la,bulan kan 1 aje.. )

 77. Banyak² tepung, tepung apa yang tak warna putih? ( tepung gomak)

 78. Burung apa yang ada satu jantina jer ( burung kakak tua, sebab tak ada burung abang tua)

 79. Benda apa yang warna dia sama dgn nama dia? ( cokelat)

 80. Binatang berkakai 8, berkepak, bertelur 2, berbahasa mamak? ( mamak naik kuda bawak ayam)

 81. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadik nama org? ( Itali)

 82. Ada pertandingan lumba lari antara manusia ngan katak, tapi yang pelik nyer katak leh menang kenapa? ( manusia tu atlit paraolimpik)

 83. Banyak² ular, ular apa plg masam? (ular sawa - sour)

 84. Apa beza seluar panjang dan kacang panjang? ( seluar panjang kalau di potong jadik seluar pendek, kacang panjang kalau di potong still kacang panjang)

 85. Dlm dunia nie buah apa plg manusia suka tapi tak leh dimakan? ( buah hati)

 86. Askar putih dalam gua? ( gigi)

 87. Ia tak makan, tapi makin lama makin panjang? ( rambut) 88. Lagi tengok, lagi tinggi? ( kening)

 89. Dlm diri kita, apa plg manis? (jari)

 90. Bahagian badan apa yg boleh dicuri? (tulang)

 91. Banyak² hantu, hantu apa yang tak der gigi? ( burung hantu)

 92. Banyak² unta, unta apa yang ada kat kutub utara? ( unta sesat)

 93. Banyak² kaki, kaki apa yang tak boleh tendang? ( kaki kudung)

 94. Sentiasa masuk tapi sentiasa kat luar? ( butang baju)

 95. Makin potong, makin tinggi? ( seluar panjang)

 96. banyak kaki tiada tengkuk, tiada kepala tiada ekor ( ketam)

 97. Mouse computer tu laki ke pompuan?? ( pompuan lerr sebab dia pakai pad)

 99. Ada sekor bapak babi, sebelum lintas jembatan, dia kira anak dia ada 10 ekor, tapi bila lintas jembatan dia kira anak dia ada 8 ekor, mana 2 ekor lagi. ( babi mana pandai mengira)

 100. Kalau kat tangan, org panggil jam tangan kalau kat dinding, org panggil jam dinding kalau kat dahi lak, org panggil apa? ( jambul)

Teknologi :Contoh Koswer

Falsafah : Warganegara minda kelas pertama

Sekolah & Masyarakat

Tuesday, September 18, 2012

Seronoknya cuti hari isnin..Almaklum setelah bercuti panjang.. kalau dah dapat cuti.. memang malaslah dibuatnya.. tapi jgn... tak boleh ada perasaan macam tu kan.. Perjuangan menuntut ilmu tidak perlu ada rasa macam tu.. HEHEHE Kuliah Kajian tindakan hari ini. Ada 2 group yang present prososal... tapi group aku belum boleh nak present lagi sebab tak siap sepenuhnya.. Tadi ada 2 group... group pertama ok.. power point menarik.. ada link2 lagi.. group kedua pulak ada problem sebab buat tajuk mengkaji kreativiti pelajar dalam subjek pendidikan seni.. tajuk lecturer tak izinkan sebab kreativiti tak boleh diukur... terlalu umum dan seubjektif.. Kayu pengukur untuk kreativiti tak ada... betul gak... Dr. Shaheda ne ok... group pertama pun tak de 2 benda pun boleh dapat markah tinggi gak...

Group aku pulak... ubah punya ubah... akhirnya dapat lah tajuk.. minggu depan present...tak sabar rasanya... hhuhuhhuh..

Thursday, September 13, 2012

Model ASSURE


Model ASSURE

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).
Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,
 
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objective (nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)
U - Use media (gunakan media)
R - Require learner response (keperluan tindakan)
E - Evaluate materials (menilai)

Analyse learner (analisis pelajar)
Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

State objective (nyatakan objektif)
Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.

Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)
Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

Use media (gunakan media)
Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

Require learner response (keperluan tindakbalas)
Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.

Evaluate materials (menilai)
Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.
Adakah objektif tercapai?
Bahan yang digunakan membantu P&P?
Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
Adakah suasana P&P selesa?
Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

Model Komunikasi

Model Komunikasi

Model ini telah diperkenalkan oleh R.M. Brown (1963). Proses komunikasi yang berlaku ini terdapat di dalam lima peringkat iaitu:
Punca (penghantar)
Enkod (bentuk)
Saluran (deria atau media)
Dekod (kesan)
Penerima
Punca (pengantar)

Pengantar ialah manusia dan di sini ialah guru. Pengantar akan menghantar atau menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar.
Enkod (bentuk)

Mesej yang disampaikan oleh guru akan dienkod iaitu akan disusun serta dipilih simbol supaya dapat difahami oleh kedua-duanya, pengantar dan penerimanya.
Saluran (deria atau media)

Mesej yang telah dienkod tadi hendaklah dihantar melalui sesuatu. Jika melalui gelombang udara, melalui telefon dan jika melalui gambar, melalui video, TV atau foto.
Dekod (kesan)

Mesej yang telah dibentuk dan dihantar melalui sesuatu saluran tadi perlu dikesan oleh penerima. Jika melalui video, mesej itu hendaklah dekodkan dengan menggunakan otak penerima terlebih dahulu. Kemudian barulah proses penyusunan dan memahami simbol diterima.
Penerima

Mesej yang diterima iaitu dienkod melalui saluran video tadi telah didekod akhirnya akan diterima oleh penerima. Penerima di sini ialah murid. Jika sekiranya ada penghalang semasa proses itu seperti kod bahasa tidak difahami, murid akan menyoal untuk mendapatkan kefahaman.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sering berlaku salah anggap di antara guru dan murid. Guru menganggap dia telah menyampaikan pelajaran kepada muridnya sedangkan murid tidak memahami apa yang telah diajarkan oleh gurunya. Ini menyebabkan lain mesej yang hendak disampaikan lain pula mesej yang diterima.

Penyampaian mesej kepada murid dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu pengaruh gangguan, pengaruh media dan pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh gangguan ialah seperti bentuk tulisan yang tidak sesuai atau tidak jelas atau suasana bising di dalam atau di luar kelas atau sistem pengudaraan yang kurang selasa. Sementara pengaruh media pula ialah seperti pemilihan media yang kurang tepat seperti penggunaan pembaris yang dihentakkan di meja. Ini menyebabkan murid tidak seronok untuk belajar. Pengaruh-pengaruh lain ialah seperti sikap guru sendiri kurang disenangi oleh pelajar. Kesemua faktor-faktor ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu memberi perhatian akan keadaan sekeliling di samping penggunaan media untuk mendapatkat proses pengajaran yang berkesan.
 

Model Perbincangan Dalam Konteks Biasa


Model Perbincangan Dalam Konteks Biasa
            Model perbincangan biasa ini adalah sesuai untuk strategi pengajaran dan pembelajaran keseluruhan kelas di antara guru dengan murid, dan kumpulan-kumpulan kecil (sesi buzz) di antara murid dengan murid.
            Langkah-langkah perbincangan ini biasanya mengandungi lima peringkat, iaitu: peringkat rancangan, permulaan, perbincangan, rumusan dan penutup.

Peringkat Rancangan
-       Tetukan topik perbincangan yang sesuai dengan objektif pelajaran, kebolehan dan minat murid.
-       Sediakan bahan-bahan dan kemudahan yang diperlukan.
Peringkat Permulaan
-       Guru menerangkan tujuan perbincangan dan konsep topik yang berkaitan.
-       Bahagikan kelas kepada kumpiulan-kumpulan kecil.
-       Lantik pengerusi dan pencatat bagi setiap kumpulan.
-       Susun meja-kerusi dalam bentuk yang sesuai.
Peringkat Perbincangan
-       Pengerusikan menggalakkan setiap ahli memberi pendapat masing-masing.
-       Ahli-ahili kumpulan mengemukakan pendapat mereka.
-       Pencatat merekodkan pendapat-pendapat mereka yang dikemukakan.
-       Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk memberi bimbingan supaya perbincangan murid tidak terpesong daripada tujuannya.
Peringkat Rumusan
-       Kumpulan-kumpuilan kecil dibubar dan duduk semula dalam bentuk keseluruhan kelas.
-       Pencatat memainkan peranan sebagai pelapor dengan menyampaikan hasil perbincangan mereka di depan kelas.
-       Guru membimbing pelapor membuat penyelarasan antara pendapat-pendapat yang dikemukakan.
Peringkat Penutup
-       Guru membuat rumusan dan ulasan tentang perbincangan yang telah dijalankan.
-       Murid-murid merekodkan rumusan atau  atau isi-isi penting dalam buku nota mereka.

Model Inkuiri-Penemuan


Model Inkuiri-Penemuan
            Model ini sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Namun kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan, tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah sama.
            Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk suatu generasi yang diharapkan.  
            Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan mengandungilima peringkat utama iatu peringkat mengenal pasti topik kajian, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat yang berkaitan, mengkaji dan menganalisis maklumat dan membuat generalisasi atau rumusan.

Model Inkuiri


Model Inkuiri
            Kaedah Inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.

Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model iaitu;
i) model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Proses penyelesaian masalah bagi model ini iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, menilai dan membuat rumusan.

ii) model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang bkemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik.

iii) model inkuiri juris prudental yang digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti balajar Sains dan Sastera. Proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.   

Model Ekspositori


Model ekspositori
            Model ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.
            Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka.
            Misalnya, guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori matematik. Cara-cara penyampaiannya dengan menggunakan model ekspositori iaitu menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks. Guru membuat penerangan, memberi contoh dan menghuraikan konsep daripada buku. Guru juga mendemontrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk geometri. Guru juga menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari serta menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
            Kesan daripada Model Pengajaran Ekspositori ini, boleh dikatakan ianya sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. Di dalam peringkat ini, guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam supaya murid-murid dapat melihat dan memahami konsep atau perinsipnya.
            Kebaikan  model ini ialah guru dapat menjimatkan masa kerana kaedah ini guru dapat menyampaikan terus semua maklumat dalam masa yang singkat dan murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.